Sunday, January 8, 2012

Salam Damai Salam Perkenalan.

Hidup ini bolehlah diibaratkan sebagai satu perjalanan yang sangat panjang. Semakin jauh kita berjalan maka semakin luaslah pemandangan kita, dan dengan berkat Tuhan,sedikit demi sedikit kita akan dapat menentukan di manakah dan apakah yang seharusnya serta sebolehnya kita miliki di masa hadapan.

Oleh sebab itu,adalah penting bagi kita untuk berjalan dan berfikir pada masa yang sama. Kami yakin bahawa di antara kalian wujudnya individu yang selayaknya dipanggil sebagai insan yang mendukung firman Tuhan,individu yang melaksanakan sabda-Nya dengan setekun hati.

Saudara dan Saudari dalam Kristus, percayalah bahawa Tuhan sentiasa bersama kita di dalam setiap langkah yang kita ambil dan lakukan. Seandainya kita ditimpa musibah, anggaplah ianya sebagai salah satu cara Tuhan membimbing dan mendidik kita. Oleh itu,pergunakanlah secara sebaiknya bakat-bakat karunia Tuhan dan melayanilah selagi kita berkesempatan untuk melayani-Nya.

Untuk sebab itu,kehadiran kami "Faith Within Us" adalah sebagai medium perantaraan di antara Saudara dan Saudari. Sebagai satu forum perbincangan, perkongsian serta sebagai salah satu medium pelayanan alaf baru yang bertujuan untuk saling membimbing dan melengkapi di antara satu sama lain.

Marilah kita bersama-sama bekerja di ladang-Nya dan janganlah kita lelah sewaktu melayani. Semoga rahmat Tuhan sentiasa bersama kita.

No comments:

Post a Comment